"Kawan, kamu bergurau kah?"
"Tidak. Saya memang serius."
"Siapa yang kamu nikahi? Wei Dong atau Ning Zhiyuan?" Zhu Lingling tidak pernah menjangkakan yang Huo Mian akan mengahwini Qin Chu.
"Kedua-duanya bukan."
"Kawan, kalau begitu siapa dia? Adakah kamu bertunang dengan terburu-buru? Bukankan Zhixin masih berada di hospital? Macam mana kamu sanggup berkahwin? Adakah kesihatan mental kamu terjejas kerana tekanan ini? Jangan bimbang, pakar psikologi kata yang apa sahaja yang kamu lakukan semasa kamu tidak waras boleh dibatalkan seperti pembunuh yang boleh diampunkan jika dia gila ketika itu. Tidak kiralah siapa yang kamu kahwini secara terburu-buru, selagi kamu pergi dapatkan rawatan esok, kamu boleh bercerai. Jangan bimbang mengenainya."
"Lingling, saya tidak terburu-buru. Ini bukan keputusan tidak waras dan saya bukannya gila."
"Kawan, janganlah takutkan saya. Saya hanya menghilang untuk beberapa hari. Sanggup kamu kejutkan saya begini?"
"Saya berkahwin dengan Qin Chu."
"Siapa? Qin…Qin Chu, Qin Chu yang mana? Jangan kata yang kamu sedang bercakap tentang jejaka hangat kelas kita itu."
"Siapa lagi kalau bukan dia?"
"Oh Tuhan. Okey, biar saya bertenang. Saya tidak boleh cerna maklumat ini. Kamu sebenarnya berkahwin dengan Qin Chu? Ini bukan satu usikan atau jenaka kan? Tidak, April Fool sudah lama berlalu. Jangan tipu saya. Betul ke ini?"
"Betul. Saya sumpah."
"Itu sangat bagus, kawan! Tahniah, kamu akhirnya berkahwin dengan lelaki yang kamu cintai."
Zhu Lingling kedengaran agak gila dalam ucapannya, tetapi dia paling mengenali Huo Mian. Selain Qin Chu, tiada lelaki lain dalam hatinya.
Orag seperti Ning Zhiyuan hanyalah pilihan yang Huo Mian gunakan untuk melarikan diri daripada perasaannya sendiri. Zhu Lingling sering merasakan yang Ning Zhiyuan tidak cukup bagus untuk Huo Mian dan sudah terbukti, memang dia tidak cukup bagus.
Selepas bertahun-tahun, Huo Mian akhirnya kembali bersama dengan Qin Chu. Nampaknya, semua perkara kembali menjadi bagaimana ia sewaktu tujuh tahun yang lalu.
Dia benar-benar gembira untuk Huo Mian…
Lingling tahu sebanyak mana cinta Huo Mian kepada Qin Chu meskipun dia tidak pernah bercakap mengenainya.
"Lingling, jangan ucap tahniah kepada saya. Saya terpaksa mengahwini dia."
Kemudian, Huo Mian menerangkan seluruh cerita itu kepada Zhu Lingling.
Selepas mendengarkan cerita itu, Zhu Lingling hilang semua keterujaannya dan bertenang.
"Mian, apa yang kamu rancang untuk lakukan sekarang? Emak kamu dan ibu bapa Qin Chu akan dapat tahu mengenai hal ini lambat laun nanti. Kamu berdua tidak akan dapat menyembunyikan cerita ini begitu lama. Sebaik sahaja kamu mengandung atau dihendap oleh paparazi, perkahwinan kamu akan diketahui umum. Qin Chu bukannya orang biasa. Dia Putera GK. Dia tidak boleh menyorokkan perkahwinannya. Ia akan didedahkan juga nanti. Macam mana kamu mahu menguruskan hal ini?"
Selepas berfikir seketika, Huo Mian membalas, "Lingling, secara jujurnya, saya tidak merancang untuk kekal bersama dengan Qin Chu. Kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Jadi, saya fikir selepas seketika, saya akan membuat permohonan cerai."
"Cerai? Kamu gila. Kenapa kamu mahu bercerai? Saya tidak faham. Kamu sayangkan dia dan dia sayangkan kamu. Kenapa kamu berdua tidak boleh bersama?"
"Lingling, sudah terlalu banyak perkara yang berlaku antara kami. Kami tidak boleh berpatah balik. Saya tidak tahu kenapa Qin Chu mahu mengahwini saya dan saya rasa dia masih lagi geram dengan perbuatan saya memutuskan hubungan kami tujuh tahun yang lalu. Lelaki semuanya sama. Mereka mahukan sesuatu yang tidak dapat mereka milik. Mungkin dia tidak akan jadi begini lagi selepas dia bosan dengan saya."
"Saya tidak rasa Qin Chu begitu. Mian, ada sesuatu yang mungkin kamu tidak tahu. Qin Chu sendiri yang menjemput Puan Yao pulang dari New Zealand untuk pertemuan kembali kita yang terakhir dan Puan Yao sendiri yang menelefon kamu. Jelas sekali betapa teringinnya dia untuk melihat kamu."
"Jadi? Sudah terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang tujuh tahun lalu. Pak Cik Jing tidak dapat hidup kembali dan saya tidak mahu membuatkan Mak saya marah lagi. Apa-apa pun, saya akan putuskan hubungan dengannya sebelum perkahwinan kami didedahkan."
"Mian…" Zhu Lingling dapat merasakan yang mental Huo Mian terlampau tertekan.
Dia baru sahaja berkahwin untuk beberapa hari tetapi dia sudah pun memikirkan soal perceraian. Jika Qin Chu tahu apa yang difikirkannya, tidak kah dia akan patah hati?
Sangkaan Qin Chu sebelum ini tepat. Huo Mian benar-benar akan memutuskan hubungan mereka, kan?
Perkahwinan mereka hanyalah satu rancangan demi kebaikannya dan Huo Mian tahu itu tidak adil untuk Qin Chu.
Tapi, pernahkah dunia ini adil?
Selepas berbalas pesanan di WeChat dengan Zhu Lingling buat seketika, Huo Mian mula mengantuk dan terlena…
-Tengah malam-
Qin Chu perlahan-lahan masuk ke bilik Huo Mian dan membetulkan kedudukan isterinya. Dia berdiri di tepi katil dan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
Qin Chu hanya mahu merapati gadis itu dan menciumya. Tetapi, dia takut jika Huo Mian terjaga dan itu akan membuatkan keadaan menjadi janggal.
Qin Chu merenung Huo Mian dalam diam buat seketika sebelum meninggalkan bilik itu senyap-senyap.
Pandangannya sekali lagi menjadi dingin semasa dia membawa keluar telefonnya dan mendail nombor telefon…
"Gao Ran, siasat nombor plat kenderaan, HC9649. Kereta biru yang muncul di pintu masuk hospital Pertama malam ini jam sembilan. Periksa kamera pengawasan, pemilik berdaftar kereta itu dan ke mana dia pergi."
Qin Chu mempunyai memori yang sangat berkemampuan dan dia menelefon Gao Ran kerana dia mahu tahu siapa yang begitu bodoh untuk menyasarkan gadis miliknya.