"Saya tak minta mereka datang."
"Tak apa ke… ni ulang tahun GK ke-30. Mesti majlis ni penting untuk mereka." Huo Mian agak terkejut.
"Ayah saya tak nak datang sebab dia tak nak mak saya buat masalah. Jadi, mereka berdua tak akan datang."
"Saya minta maaf." Huo Mian berasa bersalah dan memegang erat tangan Qin Chu.
"Kenapa kamu minta maaf?" Qin Chu memandang Huo Mian dengan lembut.
"Kalau bukan sebab saya, hubungan kamu dan ibu bapa kamu tak akan tegang… dan mereka mesti akan datang ke majlis ulang tahun ke-30."
"Jangan minta maaf… saya sanggup tanggung tuduhan seluruh dunia untuk kamu…"
Qin Chu tidak pernah merasakan Huo Mian bersalah…
Tambahan pula, bukannya dia melayan ibu bapanya dengan teruk atau derhaka dengan mereka…
Hubungan mereka hanya tegang sedikit, itu sahaja…
Sekarang ayahnya faham dan menerima Huo Mian. Jadi, dia tidak mahu membawa berita negatif kepada syarikat.