Puan Qin segera menghubungi Harian Metropolitan Selatan sekali lagi tetapi tiada siapa yang menjawab…
"Ni semua merepek. Berani mereka putar belit perkara sebenar? Saya nak buat onar di sana."
"Kamu tak patut buat macam tu… tak cukup ke kamu malukan keluarga kita? Anak kita sibuk dengan ulang tahun ke-30. Jadi, berhenti membuat masalah," pujuk Qin Yumin.
"Buat masalah? Saya buat semua ni untuk kebaikan dia… kalau maharaja zaman dulu ada rubah betina di kelilingnya, negara yang diperintahnya pasti tak akan bertahan lama. Anak kita maharaja tu sekarang dan Huo Mian rubah betina tu! Kamu faham?"
"Tak, saya tak faham apa yang kamu tengah fikir."
Bukan sahaja Puan Qin menyusahkan anaknya, kini, suaminya, Qin Yumin, juga tidak mampu bertahan lagi.
Qin Yumin langsung tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku Puan Qin…
"Kamu tak perlu faham dan saya tak minta tolong kamu pun, tapi kamu tak boleh lawan saya."