"Isteri saya?" Qin Chu terkejut.
Pembantu Yang mengangguk dan mengulang semula kata-kata Pengarah Ning untuk Qin Chu.
Qin Chu tahu yang Ning Dang tidak begitu berani meniru kata-kata isterinya hanya untuk menyeleweng 80,000 yuan.
Maka, dia mengangkat pen miliknya dan menandatangani resit tersebut.
Pembantu Yang sekali lagi nampak betapa pentingnya puan muda kepada presiden…
Sangat berani! Dengan satu anggukan, Puan Muda membenarkan Syarikat Filem dan Televisyen menghabiskan 80,000 yuan untuk parti pada malam itu.
Selepas itu, pengarah Jabatan Kewangan masuk ke pejabat dengan resit. "Tuan, ni resit daripada ejen Ni Yang dan Mo Xue'er. Puan Muda menjanjikan mereka makan malam dan tempat untuk tinggal semalam."
Qin Chu mengambil resit itu dan melihat harga keseluruhan. Totalnya bernilai 100,000 yuan lagi…
Tanpa berkata apa-apa, dia menandatanganinya dengan pantas…