"Saya nak bincang dengan kamu pasal gambar tu."
"Um… Puan Muda, saya tak mahu jadi biadap tapi Puan tak kerja dalam industri ni. Saya tak pasti kalau Puan boleh tolong." Pengarah Wang lelaki yang degil dan tidak yakin dengan citarasa Huo Mian.
"Macam mana kalau kita buat begini? Saya cakap dan kamu dengar. Kalau saya salah, kamu boleh tegur. Kalau saya betul, anggap saja kata-kata saya sebagai satu cadangan."
"Baiklah…" Pengarah Wang duduk di hadapan komputer, masih tidak berasa yakin.
Huo Mian berjalan menghampirinya. Dia menunjukkan satu set gambar dan berkata, "Saya dah tengok gambar ni dengan teliti. Kamu mungkin fikir perkara sama macam saya. Gambar ni nampak sangat profesional, ada pencahayaan yang baik dan diambil dari sudut yang menarik. Ekspresi dan gaya mereka juga sempurna, tapi ada sesuatu yang tak kena, kan?"
"Ya… saya pun hadapi masalah yang sama."