"Mulanya, sebab kamu cedera, saya tak nak kamu buat apa-apa… tapi Sayang, jangan lupa, kamu yang ambil inisiatif sebelum ni."
Kemudian, belum sempat Huo Mian membuka mulut, bibir Qin Chu yang lembut mendarat di bibirnya…
Qin Chu kadang kala lembut, kadang kala kasar…
Ketika ini, Huo Mian telah melupakan segala-galanya… dan hanya menikmati kasih sayang di antara dia dan Qin Chu.
- Keesokan pagi -
Huo Mian merangkak malas untuk bangun dari katil… dan Qin Chu telah keluar.
Dia menerima mesej WeChat daripada Qin Chu, "Sayang, saya ke GK. Hari ni hari Sabtu, rehatlah."
Qin Chu sangat sibuk dengan sambutan ulang tahun ke-30 GK.
Tangan Huo Mian cedera dan dia tidak dapat membantu apa-apa di hospital. Tambahan pula, sekarang hujung minggu. Jadi, dia mempunyai masa untuk berehat.
Namun, dia mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan hari ini kerana hari ini merupakan hari yang penting.