Kemudian, Huo Mian menolak kepala Huo Siyi lebih ke bawah, menyebabkan seluruh tubuhnya perlahan-lahan menggelungsur ke bawah…
"Ah… jangan! Saya tak mahu mati. Huo Mian, tolonglah, jangan bunuh saya."
Tidak kira betapa panas barannya dia, semua itu telah lesap sekelip mata…
Huo Siyi sangat ketakutan…
Dia sudah terbiasa mengejek Huo Mian dan menyangkakan Huo Mian dan Jing Zhixin senang dibuli. Oleh itu, dia selalu mencari pasal apabila terserempak dengan mereka.
Sebenarnya, kebanyakan masa, Huo Mian hanya mengabaikan dia kerana, pada Huo Mian, Huo Siyi tidak lebih daripada seorang lelaki yang bodoh…
Namun, memukul Zhixin telah membuatkan api kemarahannya menjadi marak…
Oleh itu, hari ini, dia datang berseorangan dan mencengkam tali leher Huo Siyi, menunjukkan Huo Siyi 'pengalaman mimpi buruk balkoni 4D'.
Semua perkara yang lebih penting telah lama dilupakan…