"Jom tengok apa yang jadi." Gao Ran dan Zhu Lingling mengekori kereta Qin Chu.
Keempat-empat mereka tiba di restoran makanan laut di Jalan Ba Dao tidak lama selepas itu…
Jalan Ba Dao kawasan yang kecil tetapi terdapat satu restoran makanan laut yang autentik di situ.
Apa yang paling penting ialah restoran itu murah…
Ramai orang yang selalu mengunjungi restoran tersebut; Huo Mian dan Qin Chu selalunya ke restoran mewah dan jarang makan di tempat kecil begini.
Namun, berbeza bagi Zhixin. Dia tidak akan sewenang-wenangnya membelanjakan duit hanya kerana kakaknya berkahwin dengan orang kaya…
Huang Yue mahu makan makanan laut. Jadi, dia membawa Huang Yue ke situ…
Namun, dia tidak pernah menyangka perkara begini akan berlaku…
Huo Mian sangat risau kerana Zhixin pernah menjalani pembedahan otak yang agak kritikal sebelum ini.
Tangan Huo Mian menggeletar dan dia berasa panik sepanjang jalan…