Kebanyakan orang hanya peduli tentang pencapaian kamu tetapi tidak ramai yang peduli sama ada kamu penat atau tidak…
Huo Mian bersyukur kerana Su Yu peduli.
"Saya tak apa-apa."
"Jangan risau pasal semua ni. Kalau kamu boleh tahan dikeji, kamu pasti boleh tahan pujian."
Adakah Su Yu sedang menuturkan ayat untuk menenangkan hati…?
Huo Mian tersenyum…
"Jangan risau, mental saya kuat. Saya tahu perkara begini akan berlaku bila kami umumkan hubungan kami kepada orang ramai."
"Apa yang Qin Chu buat memang bodoh. Bukankah lebih baik untuk rahsiakan hubungan kamu? Dia hanya buat orang benci kamu bila dia umumkannya."
Su Yu tidak faham mengapa Qin Chu melakukan apa yang telah dilakukan; adakah dia menyayangi Huo Mian atau cuba menolaknya jatuh dari tebing curam?
Jika dia mahu melindunginya, dia tidak sepatutnya mengumumkan perkahwinan mereka. Kenapa dia mahu menghebohkan perkara itu?