"Saya… tak boleh… beritahu kamu," lelaki itu berjaya berkata-kata dengan begitu payah.
"Kamu rancang untuk bawa rahsia kamu ke neraka?" Qin Chu memandangnya dengan dingin.
"Saya tak boleh…" Kemudian, leher lelaki itu memiring, dan dia meninggal...
Qin Chu seolah-olah dapat menjangka perkara begini akan berlaku…
Sesiapa sahaja yang menembaknya merupakan pembunuh profesional yang mampu mengakibatkan kecederaan yang boleh membawa maut dengan sekali tembakan…
Satu-satunya sebab dia masih kekal hidup sehingga Qin Chu sampai ialah kerana Rick telah memberi suntikan perangsang jantung dengan dos besar kepadanya.
"Jadi, dia tak cakap apa-apa, kan?" tanya Rick.
"Dia tak nak cakap. Seseorang mungkin dah ugut dia dengan keluarga dia." Qin Chu memberi analisa.
Rick mengangguk. "Kamu ada singgung perasaan sesiapa baru-baru ni? Kamu rasa Su Yu yang buat semua ni?"