Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 629 - Hanya Saya dan Kamu yang Tinggal di Dunia Ini (9)

Chapter 629 - Hanya Saya dan Kamu yang Tinggal di Dunia Ini (9)

"Huo Mian, kamu percayakan karma? Saya rasa semua yang berlaku pada saya ialah karma. Masa saya mula bercinta dengan Ning Zhiyuan, kamu berdua masih belum putuskan hubungan kamu. Dulu, dia goda He Man dan saya pada masa yang sama. Saya sangat naif dan ingat dia cintakan saya dan kami memang ditakdirkan bersama, dan kamu cuma satu kisah silam. Tapi sekarang apabila saya fikir semula, saya memang bodoh. Kamu keluar daripada perangkap beruang, tapi saya sendiri yang lompat masuk ke dalam."

"Dulu dia tak macam ni. Mungkin kemarahannya didorong sesuatu."

Huo Mian teringat kembali ketika mereka di universiti; Ning Zhiyuan melayannya dengan baik.

Kenapa dia pernah terfikir untuk berkahwin dengan Ning Zhiyuan?

Kenapa dia jadi begitu sekarang? Ning Zhiyuan berkata semua ini berlaku kerana didorong Huo Mian.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS