Huo Mian merasakan degupan jantungnya berhenti seketika. Dia menelan air liur; sebenarnya, soalan Mo Xue'er membuatkan dia rasa bersalah.
Tetapi apa yang membuatkan dia rasa bersalah…
"Saya rasa… sebab saya adiknya." Huo Mian memaksa dirinya untuk menuturkan jawapan tersebut.
"Haha… tak mungkinlah… Huo Yanyan juga adik dia, tapi cara dia layan kamu sangat berbeza dengan cara dia layan Huo Yanyan…" Ekspresi wajah Mo Xue'er menjadi rumit.
"Atau mungkin sebab saya berpihak kepadanya. Kamu patut tahu perang sivil dalam Keluarga Huo dah lama bermula, dan saya… sebenarnya putuskan nak tolong dia."
"Oh ya? Mungkin juga, tapi tak apalah, saya okey dengan apa-apa saja. Walau bagaimanapun… ada kebaikannya bila saya tak pergi ke Amerika. GK ialah konglomerat, jadi saya tahu saya akan ada masa depan yang cerah di sini."
"Dah tentu."
Selepas berbual dengan Mo Xue'er, banyak perkara yang bermain di fikiran Huo Mian…