Kata-kata Huo Mian telah meredakan tekanan Qin Chu…
"Gadis yang baik, saya akan balik tak lama lagi."
"Okey, jaga diri kamu."
"Baiklah."
Walaupun jadual Qin Chu sangat padat, dia masih mempunyai masa untuk menghubungi Huo Mian setiap hari.
Huo Mian pernah melihat satu kata-kata di Internet: 'Jika seseorang teringatkan kamu, mereka akan menghubungi kamu tidak kira betapa susah dan sibuknya mereka. Jika seseorang tidak teringatkan kamu, mereka akan reka pelbagai alasan dan akan mengelak untuk datang dan mencari kamu."
Walaupun Qin Chu mengatakan semuanya baik-baik sahaja dan berjaya…
Huo Mian tidak bodoh; mana mungkin keadaan akan baik-baik sahaja dalam situasi sekarang?
Qin Chu terpaksa berhadapan dengan ahli keluarga yang bersedih, tekanan yang diberi pihak kerajaan, pembelotan dan cemuhan daripada mereka yang berada dalam industri yang sama, serta kesalahan yang ditinggalkan penyebab kemalangan ini…