Setelah Qin Chu melihat gambar tersebut, dia bertanya dengan tenang, "Mak, mana Mak dapat gambar ni?"
Gambar tersebut ialah gambar Su Yu dan Huo Mian makan bersama-sama di kafeteria.
Mereka kelihatan seperti sedang berbual dengan mesra. Su Yu memandang Huo Mian dengan lembut dan Huo Mian sedang makan dengan kepalanya tertunduk.
Walaupun gambar Huo Mian ditangkap dari sisi, disebabkan pixel yang agak jelas, sesiapa sahaja pasti akan tahu wanita itu adalah Huo Mian.
"Jangan tanya dari mana Mak dapat, tapi kamu tak rasa ke dia jalinkan hubungan dengan orang lain? Dia mengahwini kamu tetapi menggatal dengan orang lain. Keluarga kita sangat kaya hingga dia tidak perlu risau tentang wang langsung. Jadi, kenapa dia masih perlu menggatal dengan orang lain? Bukankah dia perempuan jalang?"
"Mak… Mak upah seseorang untuk intip dia dan kemudian tangkap gambar ini?"