"Mak… saya hanya nak tolong Ayah dengan kerja dia."
Huo Siqian dan Jiang Hong bekerjasama dengan sempurna.
Huo Zhenghai hanya mengangguk. "Siqian selalu buat yang terbaik dalam kerjanya, dan sekarang Mian dah kembali, saya berjaya dapat seorang lagi pembantu. Sebagai adik beradik, kamu mesti bekerja bersama-sama. Jadi, Siyi… kamu patut belajar daripada Mian juga."
"Ayah, apa yang saya boleh belajar daripada dia? Dia tak berpelajaan macam saya, dan gajinya tak setinggi gaji saya. Pengkhususannya bukanlah pengurusan dan dia hanya seorang jururawat. Jadi, saya keliru, kenapa Ayah nak saya belajar daripada dia?"
Kedua-dua Huo Siyi dan Huo Yanyan memandang rendah pada orang luar, Huo Mian…
Ini kerana ketiga-ketiga mereka mempunyai jurang yang besar. Kedua-dua adik beradik itu dilahirkan dalam kedudukan yang lebih tinggi…
Huo Mian tidak mahu menjawab semula, kerana… Huo Siyi seorang lelaki yang tidak berotak.