Tiada siapa yang terkejut apabila mendengar kata-kata Wei Liao yang perlahan. "Pada pendapat saya, kamu tak perlu terlalu menonjol mengenainya.Gunakan RV kamu untuk bawa dia ke puncak gunung. Kamu berdua boleh melihat langit malam, makan malam romantis dan minum wain bersama-sama. Kemudian, kamu boleh beri dadah kepada dia dan buat seks di dalam kereta dengannya."
"Kalau saya tidur dengan dia, dia akan jadi milik saya, kan?" tanya Su Yu.
"Betul." Wei Liao mengangguk.
"Kamu boleh berambus! Saya tahu kamu tak boleh beri apa-apa idea yang bagus. Saya akan fikirkannya sendiri." Kemudian, Su Yu bangun untuk pulang.
"Hei, kamu baru saja sampai. Kamu dah nak balik?" Tang Chuan tidak mahu Su Yu pulang lagi.
"Kamu berseronoklah. Saya perlu kosongkan fikiran dan berfikir."
"Dia memang serius? Saya tak pernah tengok dia serius tentang apa-apa termasuklah festival tahunan Bintang Diraja, okey? Huo Mian memang seorang dewi…" kata Tang Chuan.