"Cik Zhao Qingya memang cuba singkirkan Cik Huo tapi dia gagal. Cik Huo berjaya larikan diri dan hubungi pihak polis. Penjahat tersebut dah ditangkap dan berada di dalam lokap di Biro Perbandaran Keselamatan Awam. Mereka belum dibicarakan lagi sebab mereka tak dapat jumpa sebarang bukti yang mengatakan Zhao Qingya terlibat dengan kes ini."
Kemudian, An menyerahkan timbunan tebal dokumen dan gambar…
Akhirnya Su Yu faham segala yang berlaku; air mukanya menjadi bengis apabila dia menyedari apa yang Zhao Qingya cuba lakukan.
"Beraninya dia…"
"Mungkin dia fikir tak ada apa-apa akan berlaku kepadanya kerana dia artis tersohor di bawah Bintang Diraja," teka An.
"An, bawa semua bukti yang kamu jumpa dan hantar ke Biro Perbandaran Keselamatan Awam."
"Presiden Su, nanti Zhao Qingya akan…"
"Pergi, itu yang saya nak." Selepas Presiden Su berkata-kata, dia bersandar di sofa dan memejamkan mata.