Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 441 - Mencabar Tuah (1)

Chapter 441 - Mencabar Tuah (1)

"Oh, kamu dah puas? Apa yang akan berlaku kalau tayangan perbuatan mesra mereka jadi lebih mesra lepas ini? Saya dah cadangkan kamu tak datang tapi kamu berkeras nak datang. Kamu sedang belanjakan wang kamu untuk diseksa," kata Wei Liao.

Ramai orang kaya dan terkenal dijemput ke majlis makan malam amal anjuran GK. Undangan ditentukan dengan tahap kejayaan seseorang.

Tujuan makan malam ini diadakan sangat jelas - GK melelong sesuatu dan kamu membelinya atas nama amal. Tujuan mereka yang datang pada malam ini ialah untuk mengampu GK dan presiden barunya dengan harapan dapat bekerjasama di masa hadapan.

Su Yu pula tidak perlu hadir. Dia terlibat dalam industri hiburan dan GK masih belum membuat pelaburan dalam bidang itu. Su Yu hadir hanya disebabkan yayasan GK dipanggil 'Yayasan Mian'.

Su Yu tahu yayasan itu dinamakan sempena nama Huo Mian dan dia rasa dia perlu hadir. Jadi, dia mengheret Wei Liao untuk datang bersamanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag