"Mak, kalau Mak buat begitu, biar saya beri amaran. Kalau ada apa-apa berlaku pada Huo Mian, saya akan hilang bersama dengannya, dan Mak akan kehilangan saya selama-lamanya."
Puan Qin terkejut melihat betapa cintanya Qin Chu pada Huo Mian…
"Qin Chu, kamu sedar apa yang sedang kamu cakap sekarang?" Puan Qin menjerit kecoh.
"Ya, saya sedar."
"Kamu sanggup mati untuk seorang perempuan?!"
"Ya, saya sanggup. Cubalah kalau Mak tak percaya."
"Oh Tuhan… Saya besarkan anak saya selama lebih dari 20 tahun hanya untuk dengar dia sanggup mati demi seorang perempuan…" Puan Qin merasakan dunianya musnah.
"Berhenti salahkan Huo Mian. Saya tak akan tinggalkan dia selagi saya masih hidup. Mak… anggap saja ini amaran saya yang terakhir."
Setelah menghabiskan ayatnya, Qin Chu menekan butang di telefon pejabatnya…
Pembantu Yang membuka pintu dan masuk ke dalam…
"Tuan, apa yang saya boleh bantu?"
"Sila iring Puan Qin keluar."