Jing Zhixin menundukkan kepala dan berkata perlahan-lahan, "Emak Qin Chu datang ke rumah kita dan cakap sesuatu kepada Mak. Mak sangat marah dan mereka mula berbalah. Mak jatuh apabila ditolak pengawal peribadi Puan Qin."
"Apa?" Kening Huo Mian berkerut. Lebih banyak dia dengar, lebih remuk hatinya.
Emak Qin Chu, sekali lagi…
Emaknya telah melakukan perkara begini tujuh tahun lalu dan dia berani mengulangi perbuatannya tujuh tahun selepas itu? Adakah dia fikir Keluarga Huo mudah dibuli?
"Zhixin, kamu nampak dengan mata kamu sendiri?" Huo Mian inginkan kepastian.
"Tak, saya tak ada di rumah. Mak Cik Wu yang ada di rumah kita. Jadi, dia hubungi saya dan beritahu apa yang berlaku. Saya terus ke hospital dari sekolah."
Huo Mian terdiam… tetapi air mukanya berubah takut.
"Kak?"
"Ya?"
"Saya rasa Mak dah tahu pasal Kakak dan Qin Chu. Itu sebabnya dia marah."
"Ya." Huo Mian berusaha untuk mengekalkan kewarasannya.