"Saya tak mimpi, kan? Macam mana saya boleh berada di sini?"
"Saya yang dukung kamu ke sini."
"Mana baju saya?" tanya Huo Mian yang bingung.
"Saya dah tanggalkan."
"Jadi, kamu intai saya mandi?" tanya Huo Mian.
Qin Chu duduk di atas kerusi di dalam bilik air sambil memegang komputer riba memerhatikan pasaran saham sambil melihat isterinya mandi.
"Saya tak intai kamu mandi, saya teman kamu," Qin Chu membetulkan ayat Huo Mian.
"Tak ada sesiapa yang lebih tak malu daripadakamu. Macam mana kamu boleh curi-curi intai saya mandi dengan begitu bangga?" Huo Mian tergelak kerana dia sangat marah.
"Kita suami isteri. Tak ada istilah 'curi-curi intai. Semuanya dah sah," Qin Chu meletakkan komputer riba dan berterus-terang.
"Baiklah, Encik Qin. Boleh kamu keluar sekarang? Saya nak mula mandi."
"Tak boleh."
"Kenapa?"