"Saya hanya usik kawan-kawan kita, Zhu Lingling dan Gao Ran."
"Mereka masih bergaduh sesama sendiri?" Qin Chu selalunya tidak mahu masuk campur dalam urusan orang lain tetapi dia menjadi tergamam melihat cara Zhu Lingling dan Gao Ran melayan satu sama lain.
"Kamu rasa mereka bergaduh?" Huo Mian tergelak.
"Apa lagi kalau tak bergaduh?"
"Baiklah, kita fikir perkara yang sama. Tapi saya rasa mereka akan selesaikan masalah mereka tak lama lagi. Cik Zhu Lingling tak akan mampu terus begitu."
Qin Chu hanya tersenyum dan berdiam diri…
Destinasi yang dituju mereka agak jauh. Mereka berada di atas lebuh raya selama lima jam. Ketika dalam perjalanan, Huo Mian asyik bertanya jika Qin Chu mahu bergilir memandu tetapi Qin Chu menolak setiap kali ditanya. Sebenarnya, dia tidak berasa mengantuk apabila ditemani isterinya…