"Tuan Muda Su." Mereka yang lain tidak faham kenapa Su Yu tiba-tiba bersuara selepas melihat segala adegan yang berlaku tadi dengan senyap.
"Jangan tanya kenapa. Kalau Tuan Muda Su kata jangan pergi, kamu perlu ikut cakap dia. Kamu akan terima akibat kalau kamu buat Tuan Muda Su marah." Wei Liao tersenyum lalu bangun berdiri.
Zhou Guangming merasakan berat hati untuk menurut arahan Su Yu tetapi dia tidak mempunyai keberanian untuk melawan. Dia tidak mempunyai pilihan lain selain menurut dan melupakan kemarahannya.
Setelah Huo Mian pergi, Su Yu berasa dia tidak mahu berada di situ lagi. Jadi, dia berdiri untuk berlalu pergi. Beberapa orang yang berada di bilik itu turut mengikut jejak langkahnya. Melihat Su Yu ingin meninggalkan bilik itu, Huo Yanyan pantas bergerak ke arah Su Yu.
"Tuan Muda Su, saya rasa…" Huo Yanyan menghalang jalan Su Yu dengan berani.