"Tak perlu." Huo Mian menolak sebaik sahaja Huo Siqian menawarkan pertolongan.
"Janganlah malu nak minta tolong. Kalau kamu biarkan saja insiden ini, kamu akan lebih rugi daripada mereka. Kalau kamu memutuskan untuk berdiam diri, mereka tak akan berhenti hingga mereka dapat apa yang mereka mahu. Mereka akan terus cuba hingga kamu tampilkan diri. Daripada kamu jadi pasif, baik kita bekerjasama dan singkirkan mereka."
"Encik Huo belum mati lagi. Jadi, tak perlu berangan awal sangat," Huo Mian mengingatkan Huo Siqian dengan dingin.
"Saya tahu. Ini tak ada kena mengena dengan Ayah. Sekarang dia tak akan keluar selesaikan isu ini sendiri dan hanya akan memerhatikan daripada persembunyiannya. Saya rasa bukan Shen Jiani yang rancang insiden ini. Berdasarkan tahap kebodohan insiden ini, mungkin ia dirancang oleh Huo Yanyan."
Huo Mian juga berfikir perkara yang sama, tetapi dia memilih untuk tidak menjawab.