"Dari mana kamu dengar?"
"Saya tak dengar daripada sesiapa. Saya nampak dalam berita. Tak ada siapa pun cari Kakak selama ini dan sekarang mereka buat kecoh. Untuk sebuah keluarga yang sangat menjaga imej, mereka pasti akan cari Kakak kerana tekanan daripada pihak media."
"Zhixin, kamu nak Kakak kembali kepada mereka?"
Jing Zhixin menggigit lidahnya selepas mendengar soalan Huo Mian. Kemudian dia membalas dengan nada sedih, "Sejujurnya saya tak mahu Kakak kembali ke keluarga itu. Tapi kalau itu apa yang Kakak mahukan, saya tak akan halang. Saya akan pujuk Mak untuk Kakak. Saya pernah cakap sebelum ini dan saya akan cakapkan lagi, saya sentiasa hormat keputusan Kakak."