"Atuk tahu berapa banyak gula dalam madu? Saya bukan nak takutkan Atuk, tapi kalau Atuk tak jaga badan Atuk, nanti nyawa Atuk akan berada dalam bahaya."
"Saya tahu." Atuk Liu mengangguk tanda faham.
Huo Mian memberi satu suntikan insulin untuk Atuk Liu dan selepas menasihatinya tentang diet yang perlu diamalkan, Huo Mian mengugut, "Kalau Atuk tak ikut cakap saya, saya tak mahu main catur dengan Atuk. Atuk perlu duduk di sini seorang diri."
"Ya, saya ikut cakap kamu." Sekarang Atuk Liu kedengaran seperti kanak kanak.