Chereads / Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 205 - Perasan

Chapter 205 - Perasan

"Bagaimana kalau saya bayar seribu yuan untuk sepotong?" Dengan angkuhnya Su Yu bertanya. Dia selalu berfikir duit mampu menyelesaikan segala masalah. Jika tidak selesai, itu bermaksud dia perlu menggunakan lebih banyak duit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Tidak," Huo Mian menolak dengan tegas.

"Lima ribu." Su Yu menawarkan lima kali ganda lebih banyak daripada tawaran asal.

Huo Mian memandang ke atas dan melemparkan senyuman yang manis kepada Su Yu. Su Yu merasakan dia sudah berjaya kerana dia menjangkakan Huo Mian akan menerima tawaran tersebut. Lagipun, siapa yang mampu menolak duit?

Namun, jangkaannya meleset. Selepas Huo Mian tersenyum, dia mengambil satu kimbap dan menyuap ke dalam mulutnya, betul-betul di hadapan Su Yu.

Air liur Su Yu hampir menitis apabila melihat Huo Mian mengunyah dengan penuh semangat.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS