"Kerana kejadian ini, saya segan untuk kekal berada di sini walaupun jika Pengarah benarkan saya kekal di sini. Namun, saya tak mahu dipindahkan ke hospital lain kerana susah untuk kita berjumpa dengan bos sebaik Pengarah Wu. Pengarah Wu juga menguruskan Bahagian Selatan, jadi saya beritahu kepada dia. Dia menghalang pada awalnya kerana dia rasakan saya mungkin tak dapat uruskan tekanan di sana. Tetapi, selepas dia melihat kesungguhan saya, dia bersetuju."
"Tapi, kamu tak perlu buat begini pada diri kamu sendiri. Kalau kamu tak mahu kekal di sini, kenapa kamu tak minta dipindahkan ke Klinik Ketidaksuburan Bahagian Barat? Saya dengar mereka mencari pekerja juga." Huang Yue memberi cadangan.