Melihat Song Yishi teragak-agak, Huo Mian menyambung, "Saya cuma beri cadangan. Kalau Cik Song tak mahu main, tak apa… saya akan biarkan kamu memang dan terima kekalahan. Soalan rancangan ni terlalu mudah."
Apa yang Huo Mian cuba sampaikan ialah jika kamu menang sekalipun, ia tidak memberi makna apa-apa kerana soalannya terlalu mudah.
Kata-kata Huo Mian menjerat Song Yishi…
"Saya setuju."
"Cik Song…" Pengacara mahu menghalang Song Yishi dari menerima tetapi Song Yishi mencelah, "Tak apa, buat apa yang dia cadangkan."
Di hadapan begitu ramai penonton, maruah Song Yishi merupakan perkara paling penting.
Oleh itu, Huo Mian begitu senang memprovok Song Yishi dengan menggunakan psikologi terbalik.
Jika mereka mula menyoal satu sama lain, kemungkinannya tidak mempunyai batas. Soalan apakah yang akan diacukan kepada satu sama lain?
Keputusannya diluar jangkaan…