"Mak rasa?" Huo Siqian menjawab dengan soalannya sendiri dan pasangan emak dan anak itu tersenyum sesama sendiri…
Mereka berdua tahu yang Huo Mian tidak akan membantu Huo Zhenghai jika Neraka membeku sekalipun.
"Oh… selepas semuanya selesai dekat syarikat, kamu patut cepat-cepat kahwin. Perkahwinan yang diaturkan mungkin langkah terbaik dalam perniagaan. Kamu tak perlu berkahwin dengan orang yang lagi kaya daripada kita, tapi keluarga dia mesti sekurang-kurangnya setaraf dengan kita. Lepas tu baru kita boleh jamin yang kemakmuran Syarikat Huo tak akan terputus," Jiang Hong mengingatkan Huo Siqian.
"Jangan risau, Mak, saya dah ada sasaran dalam kepala. Saya akan lakukan semua tu sebaik saja saya selesaikan semua perkara dekat syarikat."
Jiang Hong terkejut mendengarnya. "Kamu dah ada sasaran? Siapa? Jangan cakap orang tu adalah Mo Xue'er."
"Bukan."