"Perangai jenis apa ni? Saya orang atasan kamu! Sebagai jururawat pembantu saya, mula-mula kamu tak dengar cakap saya, dan sekarang kamu menghina saya? Kamu tak ada adab?"
"Jadi, kamu nak cakap yang kamu beradab? Walaupun kamu menyusahkan pekerja kamu? Lagi pun, kamu menyalah gunakan kuasa kamu untuk mengenakan orang lain kerana dendam peribadi hanya sebab saya ini bekas teman wanita kepada teman lelaki kamu?" Huo Mian mencerlung marah padanya. Jelas sekali yang perkara ini sudah mengganggunya buat beberapa ketika.
"Kamu…?" Wu Xiaoxue tergagap-gagap selepas mendengar kata-kata Huo Mian.
Tetapi sejujurnya, apa yang dikatakan Huo Mian ialah benar. Dia memang menyalah gunakan kuasanya.
Beberapa orang jururawat yang lalu lalang mula berbisik sesama sendiri yang membuatkan Wu Xiaoxue sedikit malu.
"Apa yang kamu semua tengok? Kamu semua tak ada kerja ke? Pergi dari sini." Wu Xiaoxue memandang jururawat itu semua dan memaki mereka dengan biadab.