"Ya, hanya tu saja kemungkinan yang tinggal, jadi… Cik Song, kamu ada buat salah pada presiden?" Pada mulanya, Yang menyukai Song Yishi kerana dia cantik dan sopan santun.
Tidak lama selepas itu, dia mula menyedari yang wanita ini terlalu taksub dengan Presiden Qin, tidak hairanlah jika Puan Muda cemburu. Namun, jika dibandingkan dengan Song Yishi, Puan Muda lebih merendah diri dan tidak berpura-pura. Dia juga sering bergurau senda.
Song Yishi kelihatan baik di luar tetapi dia membuatkan orang lain berasa renggang dengannya.
Tambahan pula, Yang percaya tiada orang yang sempurna di dunia ini, lelaki mahupun wanita. Jika seseorang itu terlalu sempurna, itu bermaksud dia mempunyai kekurangan yang mampu disembunyikan dengan begitu baik.
Oleh itu, orang seperti Song Yishi lebih menakutkan kerana mereka hidup dengan topeng di wajah.