"Kita boleh minta pekerja syarikat pergi uruskan. Dengan cara tu, tak ada siapa boleh bercakap di belakang kita dan konspirasi dia juga tak akan berjaya."
"Perlu ke?" Qin Chu tidak mahu menghantar sesiapa dari GK untuk memeriksa keadaan Song Yishi kerana dia tidak begitu penting.
"Kamu perlu buat baik dengan dia di luar dan fikirlah pasal Datuk Bandar Song…" Walaupun Huo Mian membenci Song Yishi, namun dia masih mengambil berat mengenai reputasi Qin Chu; lagipun, Datuk Bandar Song telah menjaga GK dengan begitu baik dan Huo Mian tidak mahu keadaan menjadi janggal untuk mereka berdua.
Tambahan pula, Puan Qin yang menghubungi Qin Chu sebentar tadi dan jika Qin Chu tidak membantu Song Yishi, sekali lagi ibunya akan menyangkakan Huo Mian menghalang anaknya melakukan apa-apa dan hubungan mereka yang semakin pulih akan hancur berkecai sekali lagi.
Atas sebab itulah Huo Mian menjadi wanita yang bijak; dia tidak pernah bertindak tanpa berfikir mengenai kesannya.