Zhu Lingling tidak pernah menyangkakan perkara begini akan berlaku pada hari yang sangat penting dan di hadapan Gao Ran.
"Kenapa?" Rasa cemas itu membunuh Gao Ran dan tindak balas yang senyap daripada Zhu Lingling tidak membantu.
Zhu Lingling memandang Gao Ran kembali, wajahnya pucat. Dia membuka mulut dan berkata perlahan-lahan, "Saya… saya datang bulan."
Gao Ran membuka mulut dan kemudian menutup mulutnya tiba-tiba; tiada apa yang mahu dikatakannya ketika dia melihat wajah sedih Zhu Lingling.
"Uhh... " Gao Ran gagap. Adakah apa-apa yang lebih menakutkan selain seorang gadis datang bulan?
"Jadi, macam mana sekarang?" tanya Gao Ran dengan dungu.
Zhu Lingling terlalu malu untuk berfikir dengan waras. Mak Cik Darahnya sepatutnya datang pada lima haribulan, tetapi dia datang awal untuk buat lawatan mengejut.