"Saya tak nak minta bantuan Ketua Huo, saya nak ikut prosedur biasa," Chen Jie membuka mulut dan membalas dengan lemah.
"Hei, jangan jadi bodoh… sebaik saja kamu lalui prosedur biasa, kamu akan disingkirkan! Semua jururawat pelatih tengah beratur untuk bagi hadiah kepada Sumber Manusia, jadi kamu tak akan dapat peluang! Kamu tak nak terus kerja di Bahagian Selatan?" tanya doktor pelatih itu.
"Nak, tapi…" Chen Jie kelihatan bergelut dan doktor itu menambah, "Pergi tanya Ketua Huo, saya tahu dia akan tolong kamu."
"Tak boleh, saya tak nak susahkan dia." Chen Jie menggelengkan kepala dan berlalu pergi, tidak mahu meneruskan perbualan tersebut.
Huo Mian tiba-tiba sedar yang dia terlalu fokus kepada kerjanya dan mengabaikan pekerjanya. Oleh itu, dia masuk ke dalam pejabatnya, membuat cetakan permohonanan dan mengisinya.
Ketika waktu rehat untuk makan tengah hari, dia memanggil Chen Jie masuk ke dalam pejabatnya.