"Bukankah itu berita baik?" tanya Su Yu tidak berdaya; dia tidak kelihatan terkejut.
"Tapi bukan berita baik untuk kamu, kan?"
"Kalau baik untuk Mian, baiklah untuk saya," jawab Su Yu dengan tenang.
"Tuan Muda Su… jujur dengan saya. Kamu ada tak diam-diam berharap Qin Chu tak akan sedar semula?"
Tang Chuan tertanya-tanya apa yang fikirkan Su Yu sekarang. Selepas insiden ini, Su Yu kelihatan seperti lebih matang dan pendiam. Dia juga belajar cara mengawal kemarahannya…
Perkara ini sesuatu yang luar biasa dan boleh dikatakan, kemunculan Huo Mian telah merubah Su Yu sepenuhnya.
"Kamu nak dengar jawapan yang jujur?" Su Yu menjilat bibir dan menjawab.
"Dah tentu, kita dah lama berkawan. Jadi, luahkan saja. Saya tak akan beritahu orang pun," kata Tang Chuan sambil mendabik dada dengan penuh yakin. Kemudian, dia memandang Su Yu dan bersedia untuk bergosip dengan jawapannya…