Chapter 10 - Tragedi

"Zhiyuan! Adakah kamu okey?" Huo Mian yang terkejut segera bergegas cuba membantu Ning Zhiyuan bangun berdiri dengan begitu berhati-hati.

Apa yang memeranjatkannya adalah Ning Zhiyuan yang menolaknya dengan kasar ke tepi dan dia hampir jatuh terduduk di atas tanah.

"Berambus, ini bukan hal kamu! Kamu perempuan…hina! Jangan sentuh saya. Kamu buat saya rasa jijik."

Wajah Huo Mian dibasahi air mata. Dia menggelengkan kepalanya, terluka. "Bukan Zhiyuan. Saya tidak mengkhianati kamu. Tolonglah percayakan saya. Semua itu adalah perkara yang berlaku pada masa lalu. Semuanya sudah berakhir antara saya dengan dia."

"Percayakan kamu? Mengenai apa? Yang kamu masih dara?" Ning Zhiyuan mengejek sambil mengelap darah pada bibir bawahnya.

Huo Mian tunduk melihat ke bawah. Bulu matanya menutup pandangannya. Dia tidak membalas.

"Kenapa kamu tidak berkata apa-apa? Salahkah apa yang dia katakana? Kamu tidak akan beritahu saya yang kamu masih tak disentuh mana-mana lelaki bukan?" Ning Zhiyuan mendesak. Pandangannya dipenuhi rasa jijik apabila dia memandang Huo Mian.

"Tak, dia memang berkata benar. Saya memang bersamanya tujuh tahun yang lepas. Tapi semua itu sudah menjadi masa lalu! Zhiyuan, boleh tak kamu biarkan saya terangkan perkara ini? Saya akan beritahu semua yang telah berlaku antara kami."

Pang! Bunyi pukulan yang deras mengisi ruang udara sewaktu Ning Zhiyuan mengangkat tangannya dan menampar pipi kiri Huo Mian dengan keras. Dengan segera, rasa pijar dan pedih membekas pada bahagian yang ditampar.

Di sisi mereka, anak mata Qin Chu mengecil. Jauh di dalam matanya, tergambar hatinya yang retak melihat perkara itu.

Huo Mian cuba menghulurkan tangan untuk memegang Ning Zhiyuan, tapi dia menolaknya ke tepi.

"Huo Mian, saya ingatkan kamu perempuan yang baik, seseorang yang saya boleh hidup bersama sehingga tua. Saya benar-benar ingin mengahwini kamu dan bina hidup bersama. Saya tak pernah fikirkan yang kamu sama seperti perempuan murahan di luar sana. Sudah buta agaknya saya ini! Kalau fikir kembali mengenai bagaimana saya luangkan begitu banyak masa memikat kamu sewaktu di kolej dan langsung tak berani menyentuh kamu seolah-olah kamu ini seperti dewi, saya memang buta nak mampus!" Ning Zhiyuan ketawa. "Kamu memang mempermainkan saya, perempuan sundal!"

"Zhiyuan. Kamu boleh hina saya atau sumpah saya sebanyak mana yang kamu suka. Semua itu tidak penting. Kamu cedera, jom kita ke hospital, okey?"

Huo Mian terhuyung-hayang berdiri, cuba membantu Ning Zhiyuan berdiri, tetapi dia menolaknya sekali lagi.

"Jangan sentuh saya, Huo Mian! Alihkan tangan jijik kamu daripada saya. Berambus! Saya tak mahu lihat kamu lagi sampai bila-bila. Berambus daripada sini!" selepas menghabiskan jeritan kemarahannya, Ning Zhiyuan merangkak bangun daripada jatuhannya seperti binatang yang tidak cedera dan beredar.

Huo Mian berdiri kaku sambil menangis teresak-esak.

Dia tidak tahu kenapa hal ini menjadi begini. Tidak cukupkah takdir menderanya selama ini? Bukankah dia sudah menebus bayaran untuk kejadian tujuh tahun yang lalu?

Kenapa dia dipaksa begini? Kenapa dia tidak boleh hidup seperti manusia biasa yang lain? Apa yang dia mahu cumalah hidup biasa, itu sahaja.

"Huo Mian, kembali pada saya. Kahwini saya." Suara Qin Chu kedengaran daripada belakangnya, seolah-olah mendesak. Pernyataannya bukanlah perbincangan, ataupun permohonan. Ianya adalah arahan, di mana tiada ruang untuk sebarang bantahan. Huo Mian tahu Keluarga Qin mempunyai kuasa sebegitu orang-orang daripada Keluarga Qin mempunyai keistimewaan semenjak lahir lagi dan di dalam bandar ini, mereka seperti dewa dewi yang boleh buat apa apa sahaja yang mereka mahukan. Tujuh tahun lalu, dia mempelajari kenyataan ini melalui pengalaman pahit dan sudah menebus kesalahannya dengan kesakitan. Nampaknya, seperti dia juga, Qin Chu masih merasakan perkara ini belum berakhir.