"Mantera pengekang itu… terbuka dengan sendiri!"
"Mungkinkah tekaan Meng Hao betul tentang semangat di alam barzakh?"
"Jika itu yang berlaku, maka bukankah ini bermakna kita boleh menggunakan hubungan peribadi yang terbentuk dalam Satah Kedua untuk membuka mantera pengekang?!"
Semua orang berasa terkejut dan hampir tidak percaya akan apa yang berlaku.
Hal ini melebihi imaginasi mereka dan termasuklah pemahaman mereka. Seluruh perkara ini tidak kelihatan rumit. Namun, jika dianalisis dengan lebih mendalam, sudah tentu adanya kitaran Karma yang rumit sedang berlangsung.
Lagipun, Satah Kedua… cuma sekadar khayalan sahaja!
Namun, perkara yang sudah berlaku dalam Satah Kedua dan orang yang pernah mereka temui di sana, rupa-rupanya bergema sehingga ke dunia nyata. Ia sangatlah mengejutkan!