Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 582 - Dua Belas Perkataan

Chapter 582 - Dua Belas Perkataan

Dalam kesunyian, satu suara rungutan tiba-tiba kedengaran. Suara itu datang dari Pertapa Capaian Utara. "Siapakah dia? Jangan beritahu aku dia salah seorang Perantis Elit? Tetapi walau jika dia seorang Perantis Elit, dia masih sepatutnya tidak mampu menghabiskan barangan sakti sebegitu."

"Berapa banyak barang sakti dia ada sebenarnya? Penipu. Dia menipu."

Apa yang berlaku seterusnya membuatkan semua orang kebingungan. Titik bersinar di tingkat kelima belas, dikelilingi oleh sinaran kuat barangan sakti, berkelip naik ke tingkat enam belas. 

Kemudian, tingkat tujuh belas, tingkat lapan belas, tingkat sembilan belas. Para pemerhati berasa sangat cemburu apabila titik bersinar itu sampai di tingkat dua puluh sebelum akhirnya berhenti. Nampaknya tingkat ini sangat susah. 

Melihatkan perkara itu, penonton-penonton mengeluh lega. Perasaan mereka bercampur-baur semasa bunyi perbualan kedengaran. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS