Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 575 - Lama Tak Jumpa

Chapter 575 - Lama Tak Jumpa

Wanita muda itu mendengar kata-kata yang diujarkan oleh Meng Hao, tetapi dia tidak tahu makna di sebaliknya. Dia memandang lelaki itu tanpa berkata apa-apa, kemudian dia menundukkan kepala dan melihat Buah Rohani di dalam tangannya. Selepas seketika, dia mengambil beberapa langkah ke belakang lalu bersandar pada dinding batu. Dia menyuapkan buah itu ke dalam mulutnya dan tersenyum.

"Aku tidak pasti apa yang kau maksudkan bila kau kata 'kehidupan seterusnya'." Dia berkata sambil tersenyum. "Apa yang aku tahu, si Xu Qing itu memang sangat bertuah." Rambutnya tiba-tiba menggerbang ditiup angin, jadi dia menyelitkan rambutnya di belakang telinga.

Selepas selesai bercakap, dia duduk di atas tanah dan menarik nafas panjang sebelum memejamkan matanya. Dia tidak berkata apa-apa lagi dan mula menyorok makrifat yang terdapat di dalam matanya agar orang lain tidak dapat melihatnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS