Tatkala Meng Hao berdepan dengan tekanan daripada Ruang 300 meter itu, dia menumpukan semua kuasanya pada asas Pertapaan Anima Keenamnya ke dalam tangan. Dia mengangkat tangannya dan kemudian membuat gerakan merobek.
Ekoran gerakan itu, udara di hadapannya terherot dan bunyi patah-riuk dapat didengari. Bagaikan ada suatu halangan tanpa bentuk yang tiba-tiba terkoyak. Tubuh Meng Hao menjadi lebih tenang, bagaikan tekanan halimunan itu tiba-tiba sudah dialihkan.
"Mastif!" jerit Meng Hao sambil meluru ke depan. Mastif tersebut melolong lalu menyebabkan Ruang 250 meternya tertumpu di sekeliling Meng Hao. Ia mengikuti Meng Hao semasa dia meluncur ke arah Bapa Huyan.
Buat kali kedua, riak wajah Bapa Huyan berubah disebabkan Meng Hao.