Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 484 - Gabungkan Darah Ji!

Chapter 484 - Gabungkan Darah Ji!

Apabila masa berlalu, sudah tidak dapat disangkal lagi pihak mana yang akan kalah semasa peperangan antara Suku Dewa Gagak dengan Suku Lima Racun itu berlangsung. Jumlah kematian dalam Suku Dewa Gagak semakin meningkat, begitu juga dengan kematian syaitan baharu mereka.

Walaupun Suku Lima Racun terpaksa melakukan pengorbanan besar, tetapi pengorbanan mereka tidak sebesar pengorbanan yang dilakukan oleh Suku Dewa Gagak. Disebabkan oleh tekanan daripada peperangan itu, Suku Dewa Gagak sekarang menunjukkan tanda-tanda yang mereka akan kalah.

Sementara itu, Meng Hao masih terperangkap di dalam pengadang darah itu. Malangnya, selepas sekian lama mencari idea untuk membebaskan dirinya dari situ, tiada satu pun ideanya yang berjaya. Sama ada rentas jarak kecil ataupun barangan sakti, malah bendera tiga panji itu juga tidak berjaya mengemikkan pengadang itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS