Pada saat itu, pusaran pada lengan kanan Meng Hao sedang menyerap kuasa tanah Ibun di kawasan tersebut. Tanah Ibun ini yang mengandungi kuasa untuk menghapuskan segala-galanya, telah menyebabkan pusaran tersebut untuk mula menggumpal secara perlahan-lahan. Aksara Bumi yang berwarna putih dan bersinar, kini mula terbentuk.
Apabila aksara kuno untuk Bumi itu mula menjadi jelas, asas Pertapaan Meng Hao mula mengaum tatkala kuasa baharu secara tiba-tiba, mula menjadikan Meng Hao… lebih kuat!
Setiap degupan jantungnya mengepam darah menerusi uratnya. Suatu had telah dicapai dan kini, asas Pertapaannya berkembang menjadi lebih berkuasa; Teras Emasnya menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini.
'Ini masih tak mencukupi… Aura tanah Ibun ini sebenarnya lebih dahsyat berbanding aura tanah Cakerawala.' Matanya bersinar dengan keazaman tatkala dia memutar asas Pertapaannya. Dia menumpukan semua tenaganya untuk menyerap lebih banyak kuasa daripada tanah Ibun.