Meskipun begitu, badan Meng Hao masih bertukar menjadi arca ais. Dia berdiri kaku di atas lapisan ais, yang boleh dilakukannya hanya memastikan mindanya tidak musnah. Walau bagaimanapun, pusaran pada lengan kanannya tiba-tiba meledak kuat.
Meng Hao dapat merasakan kuasa jenis Bumi meningkat pada pusaran itu. Kuasa graviti seakan banyak sekali, bolehlah jika dikatakan ia menghampiri titik di mana ia dapat memusnahkan kuasa tanah Ibun.
Bagi Zhixiang, dia ialah seorang Dewa yang memiliki tubuh badan fizikal. Namun, ketika ini dirinya lemah tidak jauh bezanya dengan Meng Hao. Qi Pedang menghindar darinya, tetapi dia turut jatuh lantas menjadi arca ais. Bezanya cuma dia dapat bertahan lebih lama dari Meng Hao.
Di atas, budak lelaki yang berdiri di sebelah lelaki tua tersenyum dan berkata "Seratus."
Sebaik sahaja suara budak itu kedengaran, seratus ribu klon Han Shan selesai memusnahkan semua Hamba Jambatan di kawasan itu.