Penghijrahan.
Hanya sedikit masa diperlukan untuk pelbagai Suku di seluruh bahagian Gurun Barat membuat keputusan pahit yang sama!
Membuat keputusan sebegitu tidaklah semudah yang disangkakan. Namun, setahu Suku Dewa Gagak, penghijrahan itu… adalah sama dengan kematian!
Di seluruh Gurun Barat, mantera jarak rentas semakin pantas berhenti berfungsi. Hal ini sememangnya benar bagi bahagian Utara Gurun Barat yang berada di kawasan rendah, di mana banyak air hujan ungu bertakung. Sesiapa pun boleh dengan senang membayangkan bagaimana hujan yang turun di belah Barat, Selatan dan Timur akan mengalir dan bertakung di bahagian Utara.
Sudah tentunya bahagian Utara Gurun Barat menjadi tempat pertama laut ungu akan mula terbentuk!