Meng Hao berlatih seni Pertapaan selama bertahun-tahun. Dari permulaan pengembaraannya di Gunung Daqing hinggalah sekarang, dia telah mengharungi pelbagai cabaran dan situasi yang mencabar. Walaupun begitu, ini merupakan krisis paling besar yang dia pernah harungi!
Pembunuhan salah seorang anak lelaki Ji itu memberikan kesan yang sangat besar. Baru-baru ini, dia dapat mengesan tanda-tanda yang si anjing Mastif akan bangun dan ini memberikan sedikit keyakinan pada dirinya sendiri. Tetapi sekarang…
Selepas Meng Hao melihat kematian lelaki cacing tanah itu, dia tahu dia tidak mampu melawan balik Pemisahan Karma ini!
Wajahnya pucat apabila dia mendapati semua yang berada di sekelilingnya membeku sekali lagi. Ahli-ahli lima Suku hebat, syaitan-syaitan baharu dan juga kepulan awan di langit langsung tidak bergerak. Hanya tali kail dan Meng Hao sahaja yang boleh bergerak.