Seluruh dunia menjadi sunyi-sepi. Tiada seorang manusia yang bergerak, begitu juga dengan perisai emas itu. Sinaran cahaya yang berpancar daripadanya juga tidak bergerak di udara.
Ahli-ahli lima Suku besar di kawasan itu menjadi kaku seperti patung tanah liat.
Tambahan pula, lelaki tua yang menggunakan Kuasa Sakti Karma Ghaib untuk menggabungkan dirinya dengan cacing tanah gergasi itu juga membeku di udara seperti patung, senyuman lebar terukir di bibirnya.
Hanya Meng Hao dan tali perak yang berada di langit itu sahaja yang boleh bergerak!
Prarasa yang bencana akan berlaku timbul di minda Meng Hao. Puak Ji merupakan salah satu sebab dia terpaksa melarikan diri dari Wilayah Selatan dan menyembunyikan dirinya. Sekarang, mereka muncul kembali di langit di atas Gurun Barat.