Meng Hao meneruskan pembacaan helaian jed itu.
Syaitan baharu sangat unik. Mereka pada awalnya terpisah kepada sembilan tahap. Tiga tahap pertama bersamaan tahap Pemekatan Qi. Tiga yang tengah bersamaan dengan Pengukuhan Asas, manakala tiga terakhir bersamaan Pembentukan Teras. Syaitan Baharu yang mempunyai kuasa bersamaan Pertapa Pertumbuhan Roh ialah Syaitan Baharu Bumi.
"Syaitan Baharu Bumi sangat jarang dijumpai. Namun, Syaitan Baharu sehebat Pertapa Pemisahan Roh lebih jarang ditemui. Mereka itu Syaitan Baharu Syurga." Meng Hao teringat semula pada Naga Hujan Terbang, dan bagaimana manusia menganggapnya sebagai Syaitan Baharu Syurga. Sekarang dia sudah faham.
"Atas Syaitan Baharu Syurga ialah tahap kedua belas, jarang dijumpai seperti pelepah bulu phoenix dan tanduk qilin. Syaitan Baharu sebegitu ialah totem, dan sekuat tahap Pencarian Tao, hanya selangkah sebelum menjadi Dewa!