Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 385 - Ke Mari Kamu!

Chapter 385 - Ke Mari Kamu!

Guruh berdentum tatkala kemampuan kedewaan kelapan-lapan Pertapa Pertumbuhan Roh turun ke arah Meng Hao. Wajah mereka nampak bengis, keinginan membunuh terpancar. 

Setiap orang dapat membayangkan kejadian itu seketika apabila badan lemah Meng Hao berkecai seperti tembikar, meletup menjadi jutaan serpihan. Selepas itu Kesengsaraan Syurga akan hilang dan pertempuran ini akan berakhir. 

Pandangan Meng Hao turun dari langit ke arah Pertapa yang mendekatinya. "Syurga tidak seharusnya disinggung. Tidak seharusnya diganggu. Tidak seharusnya diganti. Syurga sedang cuba membunuhku ! Kamu fikir kamu siapa? Apa yang melayakkan kau untuk menggantikan Syurga dalam cubaan untuk membunuhku?" Dia ketawa dengan bangga

Gelak tawanya menyebabkan wajah-wajah Pertapa Pertumbuhan Roh berubah. Mereka terkejut besar apabila mengetahui kemampuan kedewaan mereka tidak memberikan kesan ke atas Meng Hao. Mereka lesap bagaikan kerbau dibaling ke dalam laut dengan batu terikat pada kaki. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS