"Kau tidak setuju?" tanya Hanxue Bao, sambil merenung pada Meng Hao. Riak wajahnya perlahan bertukar kecewa. Berdasarkan pengalamannya bertahun-tahun, dia dapat melihat keraguan pada riak wajah Meng Hao yang tenang.
Dia mengeluh dalam hati lalu mengangguk kepala sambil ketawa.
"Abang Seguru…" kata Meng Hao, dengan sedikit rasa bersalah. Dia dapat rasakan keikhlasan Hanxue Bao, walaupun semua itu demi Puaknya, Meng Hao tahu dia benar-benar menawarkan sebuah laluan baru sebagai imbuhan.
Malangnya, Meng Hao tidak dapat kembali ke Wilayah Selatan buat masa ini.
Wajah Hanxue Shan kini pucat lesi. Dia menegakkan kepalanya dan memaksa senyuman di wajahnya, namun perasaannya tidak serendah itu. Dia berdiri dan tunduk hormat pada Meng Hao, lalu berlalu ke kejauhan, dengan kepalanya yang masih tegak. Nampak seperti dia tidak dapat berada lebih lama di situ kerana takut dirinya menangis dengan kesedihan yang dirasakannya.